Countdown:Aku Terima NIkahnya

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, July 5, 2011

Oh indahnya sebulan bersama..kuang-kuang-kuang[part.1]

assalam..

hi!!!! waaa...sekali lagi saya amat bergembira kerana dengan syioknya boleh mengupdate entry yg sesuai di baca bagi orang yg hati baik...sbb blog nie dah private!horeeyyy.....

ok.cerita sebulan bersama beliauuu..~urm.

actually tak ada cerita.semuanya balik macam dulu-dulu sebelum saya ke sandakan.kalau isnin-jumaat 2 of course beliau kerja kan?but after kerja beliau akan balik rumah dan makan dan berehat sampai dekat midnite baru balik kem. ala.kem depan rumah jer.kuikuikui.

then if weekend..macam biasa la.beliau menginap di rumah dan macam bos sebab kena layan macam raja-raja.

so far sedikit sebanyak skill saya dalam masakan dah improve.!hoyeehhhh... every nite beliau akan minta saya masak utk beliau and kawan-kawan.actually memasak tu tak la susah bagi saya sebab i minat![yalah tiap kali masak kena puji.kembang sejamban ok!]ha ha ha

tapi banyak perkara yg i noticed dari beliau. agak terharu sebab tak kedekut nak menghabiskan duit gaji untuk me and family.bukan dengan enjoy but beli beras.lauk pauk.and keperluan yg lain setiap minggu. Kalau hari sabtu dan ahad maka muka kami akan bertapak di tamu atau pasar.! jgn cari di shopping kompleks sebb kami tak kesana pun sepanjang saya bercuti!kesian kan? but adakalanya saya fikir lebih baik shopping di pasar dan beliau dapat merasa air tangan saya tiap-tiap hari.al-hamdullilah.

Sebelum adik saya masuk ke IPGM tawau.en.hubby juga dengan murah hatinya sponsor segala keperluan utk adik saya.dari beg pakaian sampai kasut..kata beliu "ni jelah b mampu tolong yeyen" .Terima Kasih sayang kami sekeluarga banyak terhutang budi dengan hubby

ok la.itu dulu la di update sedikit intro..nanti kita tengok cerita best lagi.bai!





Thursday, June 30, 2011

i'm back

assalam...


waaaaaaaaaa..selesanya menulis di sini sbb suda private.!ye ye ...

ok-ok..

blog nie akan di gunakan sebagai persediaan dan tempat rujukan bagi benda-benda penting masa bigday kami nanti yg ikut perancangan awal 2013.insyallah.

kami suda berjaya save duit utk tidak mengadakan majlis tunang.jadi. TERUS ja lah!

start with pelamin impian saya..

saya rasa pelamin macam gini bersesuaian dengan budjet kami. tapi mcm nda sesuai sama en.hubby sebb ketinggian nya yg melampau akan menyebabkan kaki panjangnya berlipat-lipat kalau duduk di kerusi g2.

Wednesday, June 8, 2011

kalau dulu boleh la. ha ha ha

Bismillah...

Assalamualaikum.

hi.lama suda tidak update blog kan? sebab? MALAS gink.

 bukan apa since last week saya agak bizi melayan en.fazlan yang bercuti selama seminggu. and of course he stay at my house.dan saya confirm menjadi bibik kepada beliau. memasak.membasuh.mengemas.mengurut. meng segala..

and minggu nie beliau dah masuk kerja.boleh la rileks sikit but lepas office hours saya sudah di booking untuk menjadi bibik beliau. ha ha ha

cerita masa cuti pun tak ada yang menarik..sebab? kitaorang hanya menghabiskan masa di rumah saja dengan memasak. ada pun keluar pegi pasar. shopping di servey. and ada la kuar ke Suria untuk sattlekan nafsu bersopping bersama beliau..

nah.ikan apa lagi tu kunu...

Ikan keli ba tu.semalam sudah selamat di masak Ikan keli masak lemak cili padi. wohohohohohoh. TERBAIK!

well..ikan tu en.Hubby yg pancing disungai ka paya kalau nda silap. hehehehe.. gila banyak.

ok la.tiada idea mau update apa.dan sekarang pun tiada idea mau masak apa untuk beliau pulang kerja nanti.
BYE.!

Tuesday, May 17, 2011

rindu lagi.aiya

bismillah..

assalam,


Mesti kamu boringkan baca post aku balik-balik pasal rindu.ha ha ha. apa buli buat la gink. ini orang sedang gila rindu sama si paacik fazlan...


adui.cepat-cepat la habis itu "raging" time..

4hari suda ni tiada khabar dari beliau.....nda tahan.nda tahan..lagu di laptop pun malar lagu jiwang. aiyaaa boring!

4hari juga macam aku nda ada selera.mengapakah? ke "sintingan" melanda diri kali....

k la.ciau lu..mau layan KFC la kejab di bandar.maklumla cuti ba nie hari...Bai

malar=asyik
sinting = gila

Monday, May 16, 2011

tahan mengantuk.!

bismillah...

assalam.~

biasanya petang-petang confirm aku tidur. tidur macam orang yang kerja 100jam tak ada rehat. tapi hari ini aku gagah tak mau tidur petang sebab ianya akan membuat aku "insomnia".. kalau time exam tak apa larh! nie dah abis paper tinggal osce lagi..aiyaaaaa..


ya ampun.gila sandi menahan mengantuk..[sandi=teruk]

macam-macam aku buat termasuk makan.tengok tv.on9,turun ke aras 1 naik turun tangga,tapi hampir tumpas sbb aku hampir landing di katil.last-last aku letak baju yg belum berlipat atas katil! ha ha ha ha.padan muka. xboleh tidur.!

dan sekarang sudah hampir jam7pm.dan saya tak tidur. maka dengan ini saya boleh tidur malam dengan awal sekali.


k la bai~

tudung...

Bismillah..

Assalam,

sekarang ni fashion bertudung dah macam-macam kan?stail yuna la,stail hana tajima.. and of course i love it! ianya satu penampilan bagi para muslimah yang nak tampil lebih bergaya dan penuh keyakinan.

Tapi,tak kurang juga kutukan demi kutukan dari orang lain. well comment aku cuma.. penerimaan seseorang terhadap benda baru@ fashion bertudung nie berbeza. semuanya terpulang pada si pemakai...dan niat nya nak pakai tudung tu untuk apa? TUTUP AURAT atau BERGAYA. wallahualam.

cuma konteks tutup aurat ni besar.bukan setakat bertudung..tapi menutup semuanya dengan sempurna. hurm. saya bukanlah seorang yg pakar dalam bidang agama.kalau salah tolong betulkan.

cuma nak cakap sikit la. ada yang kutuk fashion tudung nie tapi dalam masa yang sama dia tak bertudung. jadi sapa-sapa yang nak menegur tu.tengok diri sendiri la yer.! mungkin betul apa yg kamu cakap..pakai setakat
 nak berlawa buat apa?

hurm.kawan, orang tak bertudung berlawa boleh kan?pakai seksi meksi.tunjuk paha,tunjuk dada, tapi orang pakai tudung tak boleh ka? nak ada penampilan yang meyakinkan..? lantak la...

dulu aku pakai tudung macam di atas.4tahun lalu punya fashion...masa 2008 aku dah start pakai shawl and syria.~

Berikut merupakan perbualan antara cik fatin dan en.Fazlan

lepas mms yang di hantar

en.Fazlan : apa punya stail la kamu pakai yag.pelik jer b tengok

cik fatin : syg suka la~!

en.fazlan : b lagi suka yag pakai tudung mcm dulu.lagi comey.

cik fatin : huh.tudung 2 stail lama.pegi pasar pun syg dah tak pakai sbb malas nak iron la.baik sumbat tudung ekspress kat kepala ni.lagipun syg suka tudung yg pelik-pelik..unik ok!

en.fazlan : suka yag la...


dalam hal nie aku tak salahkan beliau menyatakan pendapat beliau.dia berhak mengetahui kenapa aku suka tudung mcm nie..biarpun tiap kali keluar beliau akan komen.stail apa lagi aku pakai. ha ha ha.

k la bai!

Saturday, May 14, 2011

the price that u have to pay..

Bismillah..

Assalam..

hailaaaa..esok masih ada paper ok.tapi aku jadi malas,lucky before this aku dah belajar gynea. so tak ada la nak kelamkabut belajar last minute.hu hu hu hu.
as i mention before, hubby sekarang dalam situasi yang agak sibuk.and buat pertama kalinya aku rasa macam nak menangis tahap gaban sebab i cant reach him via phone!

apa nak jadi la dengan aku sekarang ni..

dulu selamba ya ya ya ya ya ja kalau di tinggal berminggu or sebulan tanpa berita. tapi sekarang nie i need him most and of course otak aku yang aku tipu  bahawa kami duduk tak jauh dah sedar! setahun setengah berjauhan dengan beliau. baru sekarang aku sedar yang aku kena contact beliau everyday. and apatah lagi sekarang he spoil me dengan aktivit ber "skype" tiap-tiap hari. bila dah tak dapat tengok muka,dengar suara mula la mengelabah.!

macam dulu-dulu. kami duduk dekat,tak sampai 5minit dari kem beliau dengan rumah saya. T.T jadi hari-hari boleh jumpa. Begitulah kehidupan selama 2tahun lebih.

sekarang,kami dah berjauhan. its take 6hours travelling with car/bus or 45minute by airplane. and the worst thing is.saya terikat dengan peraturan di sini.!i'm not allowed to go back to kk unless during semester break or hari raya...

and him..of course,his job always be the "penghalang" to us for meet each other.operasi.pasak bumi. latihan menembak and soo on..sometimes make me sick! sick.sick.sick..but because of love.love.love make me strong.! padan muka!


kadang-kadang aku rasa cemburu.sumpah cemburu dengan orang lain yg ada pasangan yg life dia macam orang biasa.hujung minggu cuti.ada masa sama-sama. tak terikat dengan macam-macam. boleh call tiap-tiap hari.apatah lagi msge!

biarpun realitinya aku tak suka main "sms" sebab penat. aku lagi prefer bertelefon.tapi mak bangkrap la laki aku nak top up tiap-tiap hari sebab nak bergayut berejam-rejam.kalau tukar plan pegi postpaid lagi la bangkrup.confirm mencecah ratus-ratusan bill.. errr..tak berani aku nak ambil risiko. Lagipun. BUKAN dapat call selalu pun. semenjak hubby dah pindah unit markas semuanya dah berubah. Bertambah bz tahap gaban.

rasanya aku dah lama tak senyum macam gambar di atas.the thing that i can say now is "i miss him a lot!"

damn!!!how could this feeling come to me during manjer was bz.bz.bz with his work. and i want him.him.him.

what would u feel if the word that he only can reply ur text is......"BUSY"................

and that was the price i have to pay for chosing an army as my future husband...

honestly i hate this feeling...


nampaknya hubby kena buat penekanan yg baru dalam melatih kepala otak aku supaya beubah menjadi kental seperti dulu!

sebab kalau dah jadi his wife...... sendiri mau tau la life an army wife kan.?

k la Bai! [nampak sangat english aku failed di sini.]

Raging.?tahniah la...~

bismillah..


Assalam...

Kemarin,seharian tak dapat buka blog and of course ianya satu petanda yg mengusutkan para blogger yg tegar. tidak kurang pada aku yg suka jalan-jalan di blog org..

ok la berbalik pada cerita...

sebenarnya aku malas nak heboh-heboh benda ni..yelah nanti apa orang cakap kan? nak menunjuk bagai. tapi entry ni bukan la nak tunjukkn apa2. cuma sebagai satu kenangan di masa depan tau

tahniah kepada en.fazlan sebab dah di naikkan pangkat..jadi elaun syg boleh lebih la kan b?kan? ekekekekeke..n..syg nak ucapkan selamat di "raging" selama seminggu nie.~ miss u sayang.. xboleh nak calling n msg la pulak.. aiyoyoyo....


nampaknya rezeki dah bertambah.al-hamdullilah..jadi masa depan bertambah terjamin.........


k la bai!


pisttt-->saja letak muka huduh 2...mesti muka hubby berkerut-kerut sebab kena raging.biarpun dah 11tahun kerja!wakakakakakaka..

Tuesday, May 10, 2011

kalau dah gatal.

Bismillah.

Assalam.

semenjak dua menjak ni. en.fazlan suda mulai bingung. beliau dengan jayanya sekarang sedang menyimpan duit gila-gila sampai tak keluar dari kem langsung! tu diaa..ambik!bersungguh nu.

jadi perkiraannya kami sekarang sedang membuat budjet. biarpun tarikh bila nak kawen tu tak ada lagi. ha ha ha. but for me. persediaan awal tu mesti ada sebab lepas train out aku cuti kejab jer pastu dah kena masuk kerja, jadi masa untuk preparation bagai memang singkat T.T sebab his family nak as soon as possible. which mean memang tahun 2013 juga la...

ala lama lagi..aku pun kira malas nak fikir lagi! but. now already 2011.. next year aku still lagi bz bz bz dengan final year punya training kan? jadi tak salah kalau aku dah start survey barang awal-awal.

semalam borak-borak dengan beliau kata beliau..

"agak-agak bila b bole nak berbincang dengan daddy ttg tarikh kawen?" wow!advance.terkejut!

ok tak pe la.lagipun aku faham..tentera kena apply 6bulan sebelum kahwin.maksudnya buat permohonan kahwin la.aiyoooo jadi kena confirm awal-awal... aku kursus pun tak pergi lagi ni.ha ha ha.lantak la..

semalam juga aku buat statement gila.

"b,kalau kat taiping nanti buat kenduri biasa jelah yer!tak payah nak sanding bagai"

sekali bukan main geram lagi en.fazlan

"ooo..kalau kat umah yag buat grand-grand la..kat umah b biasa-bias jer"

amboi kemain lagi kamu b yer.! i tau la..u anak last yg kahwin. but i anak first tau! ha ha ha..

dan semalam timbul juga isu,bila nak buat kat taiping? kau ingat sabah - perak dekat? pastu confirm aku susah nak dapat cuti. sebab baru kerja. ko nak mampus dengan sister?then aku posting kat mana pun belum tahu lagi. 


ini belum masuk his family come to sabah untuk attend our big day,belanja tiket,makan,tempat tinggal, and melancong sana sini.confirm! need more extra $$$$$$$$.... bak kata hubby... b yang matai cari duit. dah la gaji kecik!


apa susah?buat la pinjaman kata orang.ha. nak mampos membayar hutang? beliau cakap tak nak la hutang-hutang nie biar susah mcm mana pun. kita still boleh simpan duit. hu hu hu. betul3 takkan la anak dah besar panjang masih membayar hutang kahwin? hohohohohoho..tak sanggup..mcm mana nak realisasikan impian untuk memiliki toyota wish.. wakakaka..

kredit to google
Honestly..i really love this one
 kredit to google
and this..! cuma bab kerusi tu jer aku tak suka.he he he..aku nak kerusi yang tinggggggiiiii tu baru lawa hehe n bunga of course kaler lain.

i hope everything gonna be run smoothly...and of course impian aku nak majlis yg penuh bunga-bunga warna PINK.. hahahaha.matai pan! permintaan itu sudah di reject oleh en.hubby. but aku peduli apa!


k la bai!

Kisah si pemasang cermin

Bismillah.

Assalam.

Kejadian berlaku hari ni.rasa lucu pun ada.geram pun ada.al-kisah jam 8pagi baru aku terbangun dari tidur dengan rasa terkejut! hah! nasib tak ada paper. jadi dengan muka aku yang buruk tu.nak menuju ke tandas. bila aku buka pintu...

TERKEJUT!

"hah!aku mimpi ka nie?apasal banyak lelaki kat asrama nie?!" terus tutup pintu masuk balik n usai rambut yang serabut.and cepat-cepat cari seluar panjang.!

kurang asam betul.patut la bising bunyi orang menggeborrrrr dinding tu!aiyaaaaa.rupanya dorang ni nak pasang pelan keselamatan di setiap bilik.

jadi bila dah sampai turn bilik aku nak pasang benda alah tu.roomate aku boleh plak lari lintang pukang! jadi nak tak nak terpaksa la aku tinggal dalam bilik ni n tunggu dorang siap pasang.reasonnya, takut hilang barang la konon!tapi betul juga kenanya di hangkut hp aku..aku nak guna apa lagi? harap duit jatuh dari langit la baru dapat beli hp baru.


masa aku nak masuk bilik tu.[sebab aku dari ruang tamu]

si pak cik cermin : "bilik kau ka dik?masuk la"

CF: "a'ah.ok"


si pak cik cermin : "ha bagus la..boleh kita tutup pintu ni"

CF : "eh.!kenapa pula..tak baik tau..astafirullah"

si pak cik cermin : "hehehehehehe..main-main jak ba!"

CF dalam hati "cisss kurang asam betul!cepat la habiskan kerja kau tu..!"

masa tu aku dah duk menyumpah-nyumpah sebab menyampah dengan lelaki tuh!cissssss..gatal tak bertempat!

tiba-tiba....
si pak cik cermin "aduh!"

CF : "tergelak"

dalam hati lagi...padan muka..sepa suh gatai..kan dah tertukul jari sendiri. hahahahahahahahaha.... masa nie aku perasan dia tengah jeling-jeling gambar kat dinding aku.sampai part dia tengok gambar hubby masa tu jugak tangan dia tertukul. ha ha ha.



jadi kesimpulannya..hati-hati di jalan raya. ha ha ha.

Monday, May 9, 2011

happy Birthday Hubby.

Bismillah.


Assalam.

waaa..entry ni pun autopublish ok.takut tak sempat nak wat entry untuk hubby.

HAPPY BIRTHDAY 
MOHD FAZLAN BIN SAMAH
9 Mei 2011
yang ke 32tahun =)

Gambar di atas adalah fresh from oven.di ambil semasa berskype da day before his birthday!

""Kamu study rajin2 yag.b tua sudah.kamu muda lagi"

insyallah b! sayang takkan lupa matlamat syg datang ke sini untuk masa depan kita berdua.!kata-kata tersebut di petik semasa beliau menasihati saya.hua hua hua..PEMBAKAR SEMANGAT SAYA!


Selamat hari lahir sayang.....semoga di panjangkan umur,di murahkan rezeki hubby...

syg minta maaf sebab tak ada masa hari bersejarah hubby! I LOVE U SO MUCH and MISS U LIKE CRAZY...!!

Sunday, May 8, 2011

Happy MOther's day .~

Bismillah,

Assalam,

entry ni adalah entry autopublish.al maklum lah 8hb aku dah start paper peadiatric tepat-tepat masa hari ibu. mungkin masa ni aku tengah gila memerah otak menjawab soalan. hua hua hua.

ok this is short enty saja.dedicated to my only love which is my mum of course.

 Di dunia ini.orang pertama kita perlu sayangi adalah ibu kita. KENAPA? Sedarkah kamu. saat kamu lahir di dunia.Ibu lah orang pertama yang kita lihat.!

[actually.xbetul pun.sbb kita nampak nurse dulu.ekekekekeke so i'm proud the be a nurses!yehaaa] 

sedarkah kamu.saat kamu lahir ke dunia.orang pertama yang gembira mendengar tangisan kita adalah ibu?
sedarkah kamu.saat pertama kamu kehausan.Maka ibu lah yang memberi air susu nya untuk mendiamkan kita dikala menangis kelaparan? SEDAR kah kamu bahawa ibu lah yang pertama buat kita mengenal dunia.

SEDAR lah..bahawa ibu adalah pertama yang perlu CINTAI dalam hidup selain ALLAH S.W.T dan Muhammad S.A.W.

Dear Mummy my only love,terima kasih kerana selama ni telah mendidik nurul,menyayangi nurul,memberi segalanya pada nurul.tiada apa yang dapat membalas segala pergorbanan mummy hingga ke akhir usia sekalipun! ur love to me is uncounted!i miss u soo bad. =(


 I love u Mummy.!

Dear mama,sungguhpun aku cuma seorang anak saudara mu..namun kasih sayang yg kau berikan sama seperti adik-adik yg lain.!tidak pernah sedikit pun aku merasa bahawa aku ini orang lain dalam keluargamu.Terima Kasih mama,kerana menyayangi aku.mendidik aku seperti anakmu sendiri. Saat aku memerlukan mummy,merindui mummy..kau lah tempat aku mengadu....


 i love u mama.~

Dear bupa..wanita yang mengasuh aku dan adik-adikku sejak dari kecil hingga sekarang! Terharu melihat beliau bertungkus lumus menyiapkan makanan buat kami.biarpun dia tahu bahawa umur kami sudah dewasa.! Sungguh beliau mengasuh kami dengan kasih sayang. Gelak tawa dari bupa sangat aku rindui!!mendengar suara beliau "bila kau cuti" seolah-olah merobek hatiku pabila mengetahui beliau kesunyian di rumah! Terima kasih bupa....



 I love u bupa!

 Dear untie,she's my dadi mahadi wife's.which mean..she's my mum too.... tak banyak boleh yg boleh diceritakan tentang untie terry.but i dont know why...i always miss her....beliau seorang ibu yg sangat penyayang dan menganggap bahawa aku juga adalah anak beliau..!tak sangka bahawa di dunia nie aku mempunyai banyak ibu yang menyayangi aku.....termasuk beliau..

 i love u untie!

and now the special one.."MAK".. aku sangat terharu!sumpah terharu... 4tahun sudah berlalu perkenalan aku dengan en.fazlan. sekalipun aku tidak pernah ketemu dengan mak. cuma 3g dan telefon saja yang menghubungkan kami. Tapi entah kenapa. Beliau juga sering merindui saya. pandai mencari sekiranya aku senyap tanpa khabar berita lalu mengatakan "mak rindu nurul" Oh dunia, begitu indah memiliki mak seperti beliau...menyayangi aku seperti anaknya sendiri.
 I Love u MAK!

 Dunia jika tanpa mereka.maka pincanglah hidupku!

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU DI LUAR SANA!

Saturday, May 7, 2011

takut sampai nak tercekik pun ada!

Bismillah.

Assalam

Esok dah exam~seriously aku gila takut wei.! banyak lagi aku tak cover ..!takut. ko tau kenapa aku takut?

sebab aku takut nak kecewakan wajah-wajah orang yang menaruh harapan tinggi kat aku.
sebab aku kena maintainkan prestasi dan aku taknak jatuh kedebuk kerana kemalasan ku ini!nauzubillah!

harap-harap doa dari orang tua dapat membantu aku dlm peperiksaan nanti

Good Luck to us especially  "the seven siblings"

wish me luck ! Ya Allah,permudahkan lah urusan ku.amin!

psttt-->stress la tiba-tiba..

Thursday, May 5, 2011

undescribe feeling.damn!

Bismillah..

Assalam.

tadi sedang best study.FB peneman setia.Blog pun sama..rasa bosan tgk nota terus belek-belek fb. rasanya terlebih belek..ha ha ha

tiba-tiba terbuka satu profile someone yang pernah _____________ [isi sendiri]

Mula-mula tak ada feeling pun.But after terlihat folder gambar kahwin dia.TERKEJUT.! oh..rupa nya beliau sudah berkahwin syukur la..

but,his word masih terniang-niang dalam fikiran aku. "please,be with me..i dont want to marry her!"

kuang.kuang.kuang.habis la.!nasib aku jenis setia pada en.hubby..kalau tak?cisss..simpang malaikat 44 malaikat! aku bukan apa.apa kes kan nak kat aku lepas permainkan perasaan aku? lepas tu tinggalkan aku. huh. nasib aku budak-budak lagi time 2. then after 2years tak ada khabar dari dia. tiba-tiba msge macam tu kat aku.

mana tak juling biji mata tengok msge gila tu!

tapi aku kan jenis yg cool.[konon la] jadi msg tersebut tidak di balas.! but he keep on msg me n try to reach me via call..cehhhh...tak jawab juga aku...

last-last aku balas dengan ayat mcm nie

"sorry,i'm not belong to you..my love not belong to you too.. everything is over.please let me go with my own life"

dan itu lah kali terakhir aku dengar khabar dari dia.n now maklumla dunia dah canggih. semua orang pun ada FB.tup-tup jumpa profile dia.then tengok gambar kawin dia. waaa..his wife sangat cantik! SUMPAH sgt cantik dan sangat ayu!aku rasa..bodohnya dia kalau dia nak tolak pilihan keluarga dia masa tu.. rugi woo rugi!

n tengok status dia married to "his wife la" and dah ada baby la!soo cute...

dan sekarang perasaan aku.WOI JELESNYA.hahahahaha..Bukan jeles dia kawen ngan orang lain but aku jeles dia dah kawen and dah ada anak..

aku rasa aku ni dah gila.gila nak kawen.wakakakakaka..tampaar jap muka nie laju-laju..ha ha ha.

Syukurlah.akhirnya dia ada life sendiri.ada keluarga.ada anak..i'm happy for him!even aku tau dia memang benci kat aku tahap gaban.Begitu la hidup penuh dengan rahsia, aku tak di takdirkan untuk bersama dia namun aku bersyukur kerana di kurniakan Mohd Fazlan dalam hidup aku.

akhir-akhir ni ramai dah kawan-kawan aku yg dah dapat seru kawen..huahuahua.Tahniah la pada mereka! sorry tak dpt attend big day kamo semua. al-maklum la status masih lagi student aka pelajar.. wakakakaka
lain kali buat la masa cuti.plissssss....~tak kurang juga yg dulu lepas spm dah kawen.anak pun dah banyak! bravooo..~

seriously aku benci tengok gambar guna uniform yg skema tuh!yaiii..mcm bukan aku jer dlm student card tu.


Tapi aku rasa.gambar tak skema aku mmg cute ha ha ha..sila muntah hijau di situ.!dah la manyak jerawat. wa ka ka ka.nak minta sponsor hubby beli pencuci muka yg harga riban-riban la..kedepanggggg.! apa ko ingat muka ko hado lawa macam angelina juling?? isk.isk.isk.tak sedar diri. pakai pencuci cap ayam boleh la. jadi muka boleh warna warni mcm ayam jantan.ha ha ha.baru shinning..nak kalahkan orang yg kaler rambut macam-macam.hah!amik kau.muka aku kasi kaler.!

dah.dah fatin oi!2hari lagi dah start final exam okey!sedar sikit..asyik nak bejoli je ngan lappy. mentang-mentang dapat duduk kat bilik sehari suntuk sampai keras bontot kat kerusi hempuk mcm kayu ni!






k la bai!back to work again.bye2.[=.= ] i'm sooo lazy!

Al-hamdulillah.....Its has been 4 years...

Bismillah...

Assalam

Nampak tajuk pun dah tau kan?

5 / 5 / 2007 - 5 / 5 / 2011
officially 4years!

Macam biasa juga..sepanjang 4tahun kami bersama ni..tak pernah pun celebrate anniversary.Percaya tak? hurm.memang itulah kenyataannya.tapi al-hamdulillah.hubungan tetap kekal sampai sekarang dan harap-harap hingga ke akhir usia kami.

Rasanya,sepanjang 2tahun aku buka blog ni.Belum pernah lagi aku tulis cerita-cerita kami yang tak elok. i mean bergaduh-gaduh ka.or what ever selain cerita yg biasa-biasa.itu bukan bermakna kami tak pernah bergaduh atau lebih tepat Berperang!

Bergaduh sampai orang tua kami terpaksa masuk campur lagi ada! ha ha ha. tapi aku bukan nya orang yg me "repot" or me"ngadu" itu sebab beliau sendiri tak mampu nak pujuk aku yg keras hati macam batu yg tak boleh terbelah..wakakakakaka..padan muka! But di sebalik kejadian-kejadian macam tu aku bersyukur sbb ada family yg supportive dengan hubungan kami.

Pahit manis yg kami lalui betul-betul mematangkan hubungan ni.perkenalan sejak dari tahun 2004. akhirnya membina satu hubungan yg aku rasa tak percaya sampai sekarang dah 4tahun berlalu sejak 2007 kami bersama.Belek-belek folder gambar.BANYAK! TAK PERCAYA langsung yang aku bersama lelaki yang dulunya aku gelar "MONYET" sebab suka mengacau! yaiiii...yg aku buat keputusan mau KAHWIN dengan "MOHD FAZLAN" aka "MONYET"

Hai la dunia..padan muka ko fatin!hahahahaha...

di bawah ni aku sertakan gambar-gambar yg mewakili tahun-tahun yg telah berlalu...ha ha ha
 
1st raya bersama 2007


Picture of the best during 2008. *tipu masa ni sedih sebab nak kena tinggal sebulan!

1st gambar untuk tahun 2009


Gambar pertama buat tahun 2010 setelah tidak bertemu 5bulan..aiyoyoyo


and the picture of 2011 after 5months tidak ketemu.

note:perenggan di bawah hanya sesuai di baca oleh en.hubby.

Dear hubby,
 
al-hamdullilah.nampaknya hubungan kita dah genap 4tahun kan sayang? yeaaaahhhhhh..... clap2.. terima kasih banyak2 sayang sebab menyayangi syg selama ni.Terima kasih atas segala kebahagiaan yang hubby curahkan.Terima kasih kerana selama ni hubby menjaga syg.baik dari segi makan minum,pakaian,keperluan dan segalanya.
 
Tahun depan syg dah habis training...makna  nya lepas tu horeeyyy..boleh kawen.. ha ha ha.. syg tak sabar okey.


yeah!hadiah di atas mesti b dah dapat kan?hehehehehe...syg minta maaf..ni jer syg mampu bagi kat b sempena ulangtahun kita yg ke-4 dan coming birthday hubby nie..tak mahal pun syng, cuma harapan syg b gunakan sebaik mungkin apa yg syg bagi tu.!Mendalam makna nya.....

tak lama lagi syg balik...nanti syg prepare dinner for us...i promise. Love and miss u hubby. take care 

ok dah-dah...hehehehehehe..kat sini tak boleh tulis nota cinta lebih-lebih nanti ada orang dengki!

k la.Bai~

Wednesday, May 4, 2011

Nervous pulak

Bismillah

Assalam,

 HUH!
Berapa jam lagi.
nak pukul 12tengah malam?


Tepat jam 12.01minit atau H 0001
maka genap lah....4tahun hubungan kami!

yg aku pelik sekarang ni.apasal ku nervous.cissss..tak faham betul aku di buatnya,!

k la Bai! psttt..blog ni dah jadi suram kan?kenapa ya?kenapa?

Asyik termenung.

Bismillah..


Assalam..

urmmm..sekarang ni, makin menjadi-jadi malas nak berbloging. Mood memang hilang di sebabkan oleh sebab yang tak pasti. 8hb ni start final exam untuk sem ni.Speed belajar memang slow-slow macam biasa. Aku malas nak tension kan diri.

Dah la hari ni muka stress.bukan apa mengantuk punya pasal..gara-gara tidur jam3 pagi sebab tengok korean drama..hahahahaha.dalam masa 2hari aku dah habiskan drama "Boys over Flower".Actually i'm not addicted pada movie korean ni.but oleh kerana jiran sebelah bilik bagi drama ni.aku tengok la..Syok la pulak tengok mamat korea yang hensem and awek korea yg comel-comel. ohhh..satu hari nanti aku nak anak aku nanti hensem n cute macam dorang boleh? hahahahahahaha..BERANGAN!


Aku dah tak tau nak taip apa benda lagi.sebab sekarang ni pun aku dok bersin tak henti-henti.. sejukk oooo.. hujan..setelah beberapa hari panas terik sampai badan aku tumbuh ruam..aiyaaaa....

sebut pasal hujan! now di kk dorang kata asyik hujan.i wonder macam mana la nasib myhubby yg sedang dalam hutan sekarang!nasib ada line.. kalau tidak????merana la aku.

Mengapa dalam seminggu dua nie.aku rasa hormon gatal aku berada di tahap paling maksimum? Asyik nak bergayut 24/7 dengan hubby..malangnya hasrat tak pernah kesampaian! kesian kat beliau sebab sekarang ni macam-macam la aktiviti dorang dalam kem tu. Keluar masuk hutan la.itu la ini la.pagi-pagi dapat msg sebiji malam sebiji. aku pun jadi tak sampai hati nak ganggu masa rehat beliau.. kadang-kadang beliau cakap

"buka mata pun dah tak larat ni.penat sangat"

oh.!ok saya memahaminya dan tak ada guna nak merajuk-merajuk tarik muka masam.hentak-hentak kaki. marah-marah.sebab kalau daku buat macam tu "i'm soooo dead!" hahahahahahaaha...

padan muka nak sangat dengan mat tiarap.sendiri tanggung la! ekekekekeke...

dan sekarang stress juga aku menjawab persoalan-persoalan dari orang lain "BILA NAK KAWEN" woi! ko ingat duit boleh jatuh Gedebuk ka dari langit..suka-suka jer suh orang kawen cepat-cepat..hahahahaha.. even my father ask the same question to me.. aiyoo.come on la.......malas ok nak jawab! aku rasa macam na cabut jer telinga n mulut en.Fazlan supaya beliau boleh dengar soalan macam ni n tolong jawab.Aku rasa macam nak lari jauh-jauh jer.!uwaaaa...

Soalan ni macam hari-hari orang tanya.ewwwww...muak.!muak!muak! hubby jom kawen cepat! hahahahaha.

aiyoo.

mata sudah mengantuk.hati belum mau tidur.badan sudah sakit.nota ada di sebelah.

apa lagi mau di cerita ya??macam tiada suda nie...k la bye!bye! sori la entry agak serabut..hahahaha..layan jelah!


K Bai!

tatap la muka tak ikhlas aku tu..ha ha ha. ndak sabar mau cuti..yehaaaa...

Thursday, April 28, 2011

Cabaran 30hari lah sangat.

Bismillah..

Assalam.

Hari ni hari khamis..ya.ya.semua orang tau kan.Tapi yang boringnya..hari ni adalah hari off day aku. sigh*
mau keluar mencari makan pun jadi satu hal suda sama aku..!

dari tadi blogwalking jak la...buka FB pun membosankan.!

so aku pun terserempak la konon dengan cabaran 30hari tu.!tapi aku bukan nak teruskan cabaran 30hari tu. aku cuma nak ambil beberapa soalan yang aku rasa best n membebel di blog nie..ha ha ha


A picture of you last year and now,how have you change since then

atas Feb.2010 dan bawah Feb 2011

Perubahan?
Aku rasa dari gambar nie..tak ada la nampak sangat perubahan apa pun..aku still orang yg sama. cuma. 
Berat memang dah naik dari 45kg ke 52kg.Bagi aku tak adalah special sangat berat naik melainkan ianya permintaan dari hubby......

Seminggu dua nie ramai orang perasan yg badan aku dah naik.iclude pengajar-pengajar. siap picit-picit lengan aku!haishhhhh...dengan selambanya aku berkata "happy puan.tekun tunduk menghadap pinggan la jawabnya"

 roommate aku pun siap cakap "kau beli baju beli lah yang besar cikit.badanmu tu cepat naik" ha ha ha...

Bercakap tentang perubahan lagi..kalau dulu aku nie banyak mulut.potpetpotpet sana sini. sekarang nie aku lagi suka banyak mendiamkan diri...hehehe.. Boleh percaya ka tu?tak boleh.tak boleh! sebab kalau jumpa geng mesti bising jugak! 

Dulu-dulu aku suka buat lawak begong.tapi sekarang ni macam tak pandai dah.kalau bercerita serius ja.. tapi kalau jumpa kak wati,kak rin n kak sue.aku yang dah pencen nie pun boleh keluar gila sebab dorang ni memang pelawak asli...ha ha ha..
ada lagi perubahan yang ketara bagi aku.Suka Bermake Upand pakai dress feminin [kalau cuti lah]

kalau dulu...aku memang malas tahap gaban untuk ber make up n pakai dress bagai.sebab bagi aku leceh n perlu ambil masa yang lama ok!sekarang nie en.hubby akan merungut dan terpaksa sound 1hour before keluar mesti sudah gerak untuk bersiap. ha ha ha. mau tengok perbezaan dulu dan sekarang?

Muka tak adalah lawa pun..baju pun tak la cantik..tapi perubahan yang aku buat ni saja untuk meningkatkan keyakinan diri dan supaya beliau tak bosan. ha ha ha..adakah begitu ? aku cuma mengikut nasihat mama. yang kita as perempuan harus pandai mencantikkn diri yg tak cantik supaya nanti laki ndak cari pempuan lain. ha ha ha.

 menurut mama..lelaki memang manis masa sekarang. nanti kalau sudah lama-lama..pandai ada selera sama perempuan lain sebab bini nya macam orang tua!huh! sendiri punya pendapat la kan? but bagi aku as wanita kita harus pandai jaga muka,jaga badan.jaga segala-galanya lah! jangan masa bercinta jak mau cantik-cantik tapi lepas kawin lagi wajib berhias.! naaa......nanti laki kamu cari lain...sendiri gigit jari..
ok la..banyak betul aku merepek hari ni...nanti aku update lagi bila aku suka la ya! bai!

Tuesday, April 26, 2011

perasaan yang tak terkata

Bismillah


assalam,

hurm....sekarang ni jantung berdebar-debar.harap bungkusan aku buat en.hubby selamat sampai dengan jayanya.amin!

apa benda tu?nantu jelah aku cerita bila tiba masanya..ececececeh


berbalik pada tajuk,

pernah kah kamu rasa,rindu sangat dengan seseorang and at the same time kamu tak  tahu macam mana nak hilangkan rasa rindu tu.seriusly.aku mengalaminya sekarang. RINDU yg aku maksudkan ni bukannya rindu kat en.hubby sebab itu of course la aku rindu tiap masa.!hahahaha..tak boleh blah..

Tadi aku nampak kelibat seseorang sebijik macam orang yang aku rindu di luar ward.Terus aku tersentak dan terkejut di ikuti dengan jantung aku berdegup pantas.!arghhhh...tiba-tiba segala memori bermain di kepala otak aku.


Selama ni memang kami rapat.!in fact aku anggap beliau macam abah aku sendiri =(


Tapi tetap ada orang yang salah faham atas ke atas hubungan kami. kami memang rapat.aku selalu bermanja dengan beliau.sebab aku rasa selesa dengan beliau.beliau aku dah anggap macam bapa aku sendiri tau!

Aku rasa sedih sangat sekarang ni..sebab segala-galanya macam mati di sini! tiada khabar berita dari beliau...

hari tu aku sempat hantar msg tanya khbar...alhamdulillah...ada juga beliau balas.dan siap cakap supaya jangan peduli apa yang orang cakap.tapi...aku tetap rasa lain.!dan hubungan kami tetap hambar =(

aku rasa macam nak menangis bila rindu ngan beliau...tak sabar nak tunggu cuti...


i wish i can meet him.....love u.!

Sunday, April 24, 2011

Bertambah tua setahun!ha ha ha

Bismillah..

Assalam~

hurm...berkurun dah tak update blog! syuh..syuh..syuh....sawang pun dah banyak..aiyaaa..bukan apa..bz dan tak ada masa nak online selalu...

kemarin aku dah selamat bertambah tua setahun kalau ikut kalender masihi la!

Happy Birthday to me =)

macam biasalah.. memang tak ada sambutan hari jadi pun sejak aku berumur 13tahun lagi. cuma ucapan dari keluarga dan yg tersayang serta rakan-rakan la yang membuatkan hari ulangtahun kelahiran ku bermakna.


Hadiah? setakat ni yang bagi hadiah cuma adik aku~terima kasih dik sebab ingat juga kau dengan aku ni.. ha ha ha


dari hubby? kata beliau..dia nak bagi by hand bila aku balik nanti..suka hati la..sbb hadiah2 tu tak penting pun bagi aku...

                                                "i wish i can be fazlan's wife as soon as possible!" 
                                                                   

hehehehe..itu wish gatai!
 

ok la..itu jer dari aku..bye! "Happy 2* to me" ekekekekekeke





Monday, April 11, 2011

suara

Bismillah...

salam,

Hurm.berapa hari tak update blog. Malas.!ha ha ha.

kemarin call "mak" hubby's mom.sebab dua hari sebelum kemarin aku mogok+merajuk dengan en.hubby. ha ha ha..padan muka tak kena layan langsung 2hari.senyap ok.!

jadi memang dah tektik hubby utk memujuk use his mom's name kalau dia dah buntu sebab aku mogok tahap gaban punya mogok..

"Mak kirim salam,tanya knpa lama dah tak call"


Jadi aku pun call la....lama juga menunggu mak sambut call.ingatkan dah nak engage..terus ada juga mak sambut! yeah!

aku : hello,assalamualaikum

mak : walaikumsalam,Nurul.

aku :eh.mak..ingatkan mak tak kenal suara saya.hehehehe

mak: mesti la kenal.mak rindu kat nurul nie.kenapa lama tak telefon?

perbualan seterusnya...tak payah la cerita.hehehehehehe..rahsia ok!aku rasa macam nak tergelak pun ada sebab mak reconize suara aku.and aku dah set di kepala otak.of course mak kenal sebab suara aku lantang+ besar..compare dengan menantu mak yang lain..he he he..itu berdasarkan apa yang hubby cerita and memang semua girls yang aku kenal from peninsular.semuanya suara ayu-ayu gitu.!

na sekali kau tekena girls from sabah.!suara.adoiii..bukan main lagi kuat.agagagaga..ada mau test? kalau berteriak..begagar.!hahahaha


I LOVE U MAK!

teringat mak cakap kemarin "Nurul ngan abg Lan memang sehati sejiwa" ha ha ha.. mau fengsan japs.!

k la.nanti update lagi kalau free.BYE!

Tuesday, April 5, 2011

Adik aku kah?

 Bismillah.

Assalamualaikum.

Hurm.tiba-tiba pulak aku rindu ngan adik aku sorang nie.

adik aku ni lah bestfriend aku.tempat aku mengadu.merapu.mengomel.membebel.gelak-gelak.main-main. semua lah! Tapi bila masing-masing dah berjauhan,rasa rindu pula nak balik kk sebab nak jumpa this pretty girl.mengada lebih ok dia nie..hahahahaha

kalau bab make-up..dialah yang mengajar.sebab mengharap aku nie? tak da masa ok! siap jadi fesyen designer aku lagi tiap kali nak kuar dating.hahahahaha...

dan yang tak boleh blah,apabila adik aku sorang ni sekutu en,hubby dalam menentang aku untuk apa-apa2 perkara.!kiranya suka berpakat dgn hubby and menyakat aku!huh!

Sudah la kuat makan.gendut lagik..hahahahaha..larikkssssss..~

miss u yen!

potpetcikfatin-->lawakan adik aku?macam kakak dia..hahahahahahaha..fengsan japs~

Berat tapi Kurus?

Bismillah...

Assalamualaikum,

before this kalau tak silap aku pernah utarakan luahan hati sebab aku kurus sangat berbanding dulu di blog ni. tapi dah korek-korek tak jumpa pun.ha ha ha...

di jadikan cerita.almost everyday bila kerja di ward mesti aku sibuk menimbang berat..ekekekeke. Bukan sebab nak kurus tapi nak gemuk!last year masa 1st time datang sini.berat aku cuma 45kg jer!eh.kalau tak silap mula2 masuk 48kg.then turun ke 45kg.mungkin sebab perubahan suasana membuatkan aku kurang selera makan dan oleh kerna jauh dari en.hubby,rasa tak biasa tak da beliau hari-hari..hua hua hua.mengada lebih.

and this year.i gain weight again.sudah 52.5kg hari ini..tapi kenapa ya.orang tetap tegur aku masih skinny.. huhuhuhuhu..stress di buatnya. sebab aku dah cuba bersenam+kuantiti makanan aku memang dah banyak dari dulu.
sila abaikan muka aku yang huduh di situ.gambar di ambil beberapa hari lepas..hehehehehe...

dan yang paling menyedihkan bila en.hubby suruh gain weight until 55kg.!OMG..hahaha aku rasa macam nak gila dengar 55kg dari mulut beliau. 7kg ni pun setengah gila aku naikkan badan then nak tambah lagi 2.5kg? its not easy ok.Ingatkan beliau dah berpuas hati dengan berat aku,rupanya tidak. ha ha ha.padan muka!

tau la berat hubby dah 80kg sekarang.hahahaha..tak nak gemuk sorang-sorang la tuh!ekekekeke... bukan la ba..dia mau saya tidak terlalu skinny sebab nanti mesti orang cakap beliau tak pandai jaga aku..kan?kan?

aku rasa muka aku kat gambar nie bulat.tapi kenapa orang masih cakap aku skinny?ha ha ha. lantak lah! mungkin pasal camera trick kan?ekekekeke.....

ok la..apa pun.caiyok-caiyok fatin!harap dapat capai 55kg then baru la boleh start maintainkan berat badan.. fuh.tak sabar.!sengsara ok nak naikkn berat badan nie sebab kena makan lebih nasi..hahahaha..

Bye!

satu ribu empat ratus tiga puluh satu =1431????

Bismillah...

Salam.

kalau dikira guna hari sudah satu ribu empat ratus tiga puluh satu hari bersamaan 3tahun 11bulan sudah kami bercinta..ewww...macam geli pulak aku guna perkataan bercinta tu!..wakakaka..

05-05-07 - 05-04-11

Jadi Happy monthsary to us.!Bermakna genap sebulan lagi lah anniversary yang ke-4..Planning? TIADA sebab? JAUH la..ha ha ha.

Lagipun tiada idea la mau kasi apa lagi sama beliau next month.memandangkan 4days after our ann.adalah his birthday.so anggap sekali la tu.sigh*

harap-harap adalah datang dalam mimpi. ha ha ha...

apa-apa pn.semoga kemesraan kita berkekalan.Tak sabar nak jadi ur wife hubby.!Love u so much n miss u like crazy.

Monday, April 4, 2011

penyusuan susu ibu [fisiologi,kepentingan,dan latihan sebelum kembali bekerja]

Bismillah...

Assalamualaikum

 ok.Hari tu dah janji nak buat entry tentang penyusuan susu ibu untuk kak aima.dan memandangkan saya bz dengan duty roster yang tak tentu.dan tak banyak masa untuk duduk depan lappy sebab balik dari ward terus pengsan n bangun utk study n pengsan lagi..ha ha ha.pemalas kan?

 so hari ini.entry kali ini adalah sangat panjang dan saya akan terangkan dari fisiologi penghasilan susu sehingga yang saya mampu supaya mummy-mummy di luar sana dapat menjayakan program penyusuan susu ibu.~ok,lets start.


Fisiologi Laktasi

 Anatomi Buah dada
Dalam Fisiologi laktasi hormon memainkan peranan penting dalam penghasilan susu ibu. Hormon yang terlibat adalah prolaktin dan oksitosin
       Penghasilan susu ibu bergantung kepada tahap hormon ibu.Semasa mengandung tisu kelenjar menghasilkan kolostrum.Hormon estrogen semasa mengandung mencegah buah dada menghasilkan susu yang banyak.Hormon-hormon prolaktin dan oksitosin dihasilkan diperingkat akhir kehamilan.Selepas 1 – 2 hari bersalin,penghasilan susu lebih banyak apabila hormon progestron menurun
PROSES PENGHISAPAN
a) Meregangkan tisu buah dada untuk membentuk puting.
b) Lelangit dan lidah bayi akan menekan areola.Di bawah areola ini terdapat sinus laktiferus yang mengandungi susu. Lidah yang menekan areola akan memaksa susu keluar daripada sinus laktiferus ke dalam mulut bayi 
FUNGSI HORMON PROLAKTIN
  •         Merangsang alveoli menghasilkan susu.
  •          Membuat ibu rasa tenang dan mengantuk 
  •         Parasnya perlu bagi alveoli menghasilkan susu.
  •         Parasnya meningkat apabila bayi menghisap puting ibu.
        * Namun begitu jika hisapan tidak kuat dan susu tidak dikeluarkan dengan efektif, penghasilan susu akan berkurangan.


CARA MENGEKAL PARAS PROLAKTIN

  • Bayi berpaut dengan berkesan
  • Elak puting tiruan
  • Beri penyusuan ‘on demand’
  • Biarkan penyusuan mengambil masa yang lama
  • Kekalkan penyusuan pada waktu malam
FUNGSI HORMON OKSITOSIN
 
  • Mengecutkan sel-sel yang mengelilingi alveoli dan mengalirkan susu ke duktus dan ke sinus – refleks ejection / letdown
  • Membantu dalam pengecutan rahim
  • Bila susu memancut, hisapan bayi akan bertukar dari pantas ke hisapan yang mendalam dan perlahan

 CARA MENGEKALKAN PARAS OKSITOSIN

  • Bertenang
  • Kedudukan yang selesa
  • Elak dari tekanan
  • Urutan Belakang 

PERKARA PENTING UNTUK IBU YANG MENYUSUI BAYINYA
  • HISAPAN MEMBANTU BAYI UNTUK MENARIK TISU BUAH DADA MASUK KE  
DALAM MULUTNYA 
  • KULIT PUTING TIDAK PATUT BERGESEL DENGAN MULUT BAYI
  • KEKERAPAN BAYI MENYUSU MENINGKATKAN PENGELUARAN SUSU
 
ok..done about fisilogi penghasilan susu ibu.now kita teruskan dengan kepentingan susu ibu kepada bayi dan juga ibu sendiri
  •   Susu ibu mengandungi antibodi yang melindungi bayi dari jangkitan penyakit.
  •  “Kolostrum” iaitu susu pertama yang keluar selepas bersalin merupakan imunisasi pertama untuk bayi.
  •   Susu ibu mengandungi kesemua zat makanan yang diperlukan oleh bayi untuk tumbesaran dan perkembangan otak.
  •   Ia juga dapat membantu mengeratkan kasih sayang antara ibu dengan bayinya.
  •   Mengurangkan kemungkinan mendapat kanser payudara dan membantu mengecutkan rahim.
 PENYUSUAN SUSU IBU SEPENUHNYA.

  •   Tiada bahan minuman atau makanan lain diberikan kepada bayi selain daripada susu ibunya sebelum 6 bulan pertama.
  •   Makanan pelengkap hanya dimulakan pada umur 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik.
  • Tiada puting tiruan diberikan kepada bayi yang sedang menyusu ibunya.
  •   Biarkan bayi menyusu bila-bila masa dan seberapa lama bayi hendak.  
 CARA MEMASTIKAN SUSU IBU MENCUKUPI
  •       Bayi tidur selepas menyusu.
  •       Bunyi bayi menelan susu semasa penyusuan.
  •       Ibu terasa seakan susu mengalir di payudara.
  •       Bayi membuang air besar 4 hingga 8 kali dalam masa 24 jam.
  •       Bayi membuang air kecil 6 kali atau lebih dalam masa 24 jam.
  •       Payudara terasa penuh sebelum penyusuan dan lembut selepas penyusuan.



TEKNIK MENYUSUKAN BAYI YANG BETUL

 
1.Kacau hujung bibir bayi menggunakan puting dan pastikan bayi membuka mulutnya dengan luas sebelum melekapkan mulut bayi ke areola


2.Pastikan sebahagian besar areola(bahagian hitam pada payudara)masuk ke dalam mulut bayi.
3.Selepas menyusukan bayi, keluarkan puting dari mulut bayi dengan menggunakan jari kelingking melalui sudut bibir bayi. 



4.Sendawakan bayi selepas menyusukannya dengan cara menepuk belakang bayi perlahan-lahan.

KESAN TEKNIK PENYUSUAN YANG SALAH


 Payu dara membengkak
Puting Terluka


Lastly saya akan share jadual latihan penyusuan bayi sebelum ibu kembali bekerja. sepatutnya saya nak letak sekali teknik perahan yang betul.tapi nanti jelah next entry..hua3.tak larat dah nak translet kandungan buku ni dalam entry..hua....
ok.done~harap-harap information yg ringkas ni boleh membantu..faham-faham la.saya pun budak baru belajar dalam bidang OBS nie[belum lagi ambil midwife].jadi kalau ada yang kurang harap di maafkan.


hurm.jadi lepas  nie baru lah saya buat entry khas tentang teknik perahan susu yang manual la ya?! tidak larat ba...esok mau kerja pagi lagi..aiyooo.....hahahahahaha


Bye~!







Daisypath Wedding tickers

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Free Eeyore Sit MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com