Assalam,
sekarang ni fashion bertudung dah macam-macam kan?stail yuna la,stail hana tajima.. and of course i love it! ianya satu penampilan bagi para muslimah yang nak tampil lebih bergaya dan penuh keyakinan.
Tapi,tak kurang juga kutukan demi kutukan dari orang lain. well comment aku cuma.. penerimaan seseorang terhadap benda baru@ fashion bertudung nie berbeza. semuanya terpulang pada si pemakai...dan niat nya nak pakai tudung tu untuk apa? TUTUP AURAT atau BERGAYA. wallahualam.
cuma konteks tutup aurat ni besar.bukan setakat bertudung..tapi menutup semuanya dengan sempurna. hurm. saya bukanlah seorang yg pakar dalam bidang agama.kalau salah tolong betulkan.
cuma nak cakap sikit la. ada yang kutuk fashion tudung nie tapi dalam masa yang sama dia tak bertudung. jadi sapa-sapa yang nak menegur tu.tengok diri sendiri la yer.! mungkin betul apa yg kamu cakap..pakai setakat
nak berlawa buat apa?
hurm.kawan, orang tak bertudung berlawa boleh kan?pakai seksi meksi.tunjuk paha,tunjuk dada, tapi orang pakai tudung tak boleh ka? nak ada penampilan yang meyakinkan..? lantak la...
dulu aku pakai tudung macam di atas.4tahun lalu punya fashion...masa 2008 aku dah start pakai shawl and syria.~
Berikut merupakan perbualan antara cik fatin dan en.Fazlan
lepas mms yang di hantar
en.Fazlan : apa punya stail la kamu pakai yag.pelik jer b tengok
cik fatin : syg suka la~!
en.fazlan : b lagi suka yag pakai tudung mcm dulu.lagi comey.
cik fatin : huh.tudung 2 stail lama.pegi pasar pun syg dah tak pakai sbb malas nak iron la.baik sumbat tudung ekspress kat kepala ni.lagipun syg suka tudung yg pelik-pelik..unik ok!
en.fazlan : suka yag la...
dalam hal nie aku tak salahkan beliau menyatakan pendapat beliau.dia berhak mengetahui kenapa aku suka tudung mcm nie..biarpun tiap kali keluar beliau akan komen.stail apa lagi aku pakai. ha ha ha.
k la bai!


3 comments:
penat suda org tegur kakak..dr zaman nda betudung smp betudung mmg ada ja pelik jd malas sd drg mo tegur..apa lg suami..selagi x menjatuhkan air muka suami oklah
macam2 pandangan kaum adam ni kan.. :D
assalamualaikum.
mula2 skali nak minta maaf dulu awai2 kalo kata2 akak ni boleh menyinggung perasaan.
akak pon xde pandai mana bab2 agama. tapi sekarang info/ilmu banyak n mudah diperolehi. tinggal kita nak cari ngan tak je. dan satu lagi, tinggal kita nak praktik ngan tak je (kebanyakan orang hari ni dah tak takut Tuhan).
tutup aurat, pakai tudung, labuhkan pakaian, pakai pakaian yg longgar, jaga pandangan..tu semua WAJIB. perintah Allah tu. boleh semak Al-Quran, boleh semak hadis Rasulullah.
sebelum kedatangan Islam,keadaan kaum wanita pada zaman jahiliyyah dulu mmg teruk. jadi hamba seks. anak perempuan yg dilahirkan terus dibunuh sebab mak ayah dia taknak menanggung malu (padahal anak tu takde dosa apa pun).
kehadiran Nabi Muhammad s.a.w. yg menyampaikan wahyu dari Tuhan yg Maha Mencipta telah menaikkan martabat kaum wanita. ajaran Islam yg suci memuliakan dan menjaga para wanita. Allah perintahkan wanita jaga pandangan, jaga kehormatan, tidak menampakkan perhiasan melainkan HANYA UNTUK SUAMINYA mempunyai sebab yg jelas iaitu untuk pelihara kaum wanita.
apa yg berlaku hari ini adalah lebih teruk daripada zaman jahiliah sebab dulu mereka tiada panduan dan pimpinan. tapi hari ini, walaupun Rasulullah sudah tak bersama kita, tapi baginda tinggalkan Al-Quran dan sunnah untuk kita jadikan panduan hidup. tapi hanya sedikit yang mengambil pengajaran. kesannya, gejala sosial dan jenayah merata-rata. kerana apa? menurutkan nafsu yg nak dipandang cantik oleh orang lain atau mungkin rasa nak puas hati sendiri (yg ni utk bab pakaian). lepas tu hukum2 Allah tak dilaksanakan. lebih memilih hukuman yg dibuat oleh manusia berbanding hukum Tuhan Al-Khaliq.
Lihatlah dunia yang jelik hari ini kerana hidup bertuankan nafsu dan tidak menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup. lebih mencari redha manusia berbanding redha Allah. lebih mengharapkan dilihat cantik oleh manusia berbanding pandangan Allah.
utk topik penampilan muslimah ni, hari ni memang dah banyak yg sesat. pemakaian sorang muslimah tu sepatutnya yg dpt mengelakkan dia diganggu oleh lelaki. sebaik-baik wanita adalah yg tidak dilihat oleh lelaki.
semoga kita diberi petunjuk & hidayah dariNya.
Wallahualam.
Post a Comment