Assalamualaikum
ok.Hari tu dah janji nak buat entry tentang penyusuan susu ibu untuk kak aima.dan memandangkan saya bz dengan duty roster yang tak tentu.dan tak banyak masa untuk duduk depan lappy sebab balik dari ward terus pengsan n bangun utk study n pengsan lagi..ha ha ha.pemalas kan?
so hari ini.entry kali ini adalah sangat panjang dan saya akan terangkan dari fisiologi penghasilan susu sehingga yang saya mampu supaya mummy-mummy di luar sana dapat menjayakan program penyusuan susu ibu.~ok,lets start.
Fisiologi Laktasi
Anatomi Buah dada
Dalam Fisiologi laktasi hormon memainkan peranan penting dalam penghasilan susu ibu. Hormon yang terlibat adalah prolaktin dan oksitosin
Penghasilan susu ibu bergantung kepada tahap hormon ibu.Semasa mengandung tisu kelenjar menghasilkan kolostrum.Hormon estrogen semasa mengandung mencegah buah dada menghasilkan susu yang banyak.Hormon-hormon prolaktin dan oksitosin dihasilkan diperingkat akhir kehamilan.Selepas 1 – 2 hari bersalin,penghasilan susu lebih banyak apabila hormon progestron menurun
PROSES PENGHISAPAN
a) Meregangkan tisu buah dada untuk membentuk puting.
FUNGSI HORMON PROLAKTIN
- Merangsang alveoli menghasilkan susu.
- Membuat ibu rasa tenang dan mengantuk
- Parasnya perlu bagi alveoli menghasilkan susu.
- Parasnya meningkat apabila bayi menghisap puting ibu.
* Namun begitu jika hisapan tidak kuat dan susu tidak dikeluarkan dengan efektif, penghasilan susu akan berkurangan.
CARA MENGEKAL PARAS PROLAKTIN
- Bayi berpaut dengan berkesan
- Elak puting tiruan
- Beri penyusuan ‘on demand’
- Biarkan penyusuan mengambil masa yang lama
- Kekalkan penyusuan pada waktu malam
FUNGSI HORMON OKSITOSIN
- Mengecutkan sel-sel yang mengelilingi alveoli dan mengalirkan susu ke duktus dan ke sinus – refleks ejection / letdown
- Membantu dalam pengecutan rahim
- Bila susu memancut, hisapan bayi akan bertukar dari pantas ke hisapan yang mendalam dan perlahan
CARA MENGEKALKAN PARAS OKSITOSIN
- Bertenang
- Kedudukan yang selesa
- Elak dari tekanan
- Urutan Belakang
PERKARA PENTING UNTUK IBU YANG MENYUSUI BAYINYA
- HISAPAN MEMBANTU BAYI UNTUK MENARIK TISU BUAH DADA MASUK KE
DALAM MULUTNYA
- KULIT PUTING TIDAK PATUT BERGESEL DENGAN MULUT BAYI
- KEKERAPAN BAYI MENYUSU MENINGKATKAN PENGELUARAN SUSU
ok..done about fisilogi penghasilan susu ibu.now kita teruskan dengan kepentingan susu ibu kepada bayi dan juga ibu sendiri
- Susu ibu mengandungi antibodi yang melindungi bayi dari jangkitan penyakit.
- “Kolostrum” iaitu susu pertama yang keluar selepas bersalin merupakan imunisasi pertama untuk bayi.
- Susu ibu mengandungi kesemua zat makanan yang diperlukan oleh bayi untuk tumbesaran dan perkembangan otak.
- Ia juga dapat membantu mengeratkan kasih sayang antara ibu dengan bayinya.
- Mengurangkan kemungkinan mendapat kanser payudara dan membantu mengecutkan rahim.
PENYUSUAN SUSU IBU SEPENUHNYA.
- Tiada bahan minuman atau makanan lain diberikan kepada bayi selain daripada susu ibunya sebelum 6 bulan pertama.
- Makanan pelengkap hanya dimulakan pada umur 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik.
- Tiada puting tiruan diberikan kepada bayi yang sedang menyusu ibunya.
- Biarkan bayi menyusu bila-bila masa dan seberapa lama bayi hendak.
CARA MEMASTIKAN SUSU IBU MENCUKUPI
- Bayi tidur selepas menyusu.
- Bunyi bayi menelan susu semasa penyusuan.
- Ibu terasa seakan susu mengalir di payudara.
- Bayi membuang air besar 4 hingga 8 kali dalam masa 24 jam.
- Bayi membuang air kecil 6 kali atau lebih dalam masa 24 jam.
- Payudara terasa penuh sebelum penyusuan dan lembut selepas penyusuan.
TEKNIK MENYUSUKAN BAYI YANG BETUL
1.Kacau hujung bibir bayi menggunakan puting dan pastikan bayi membuka mulutnya dengan luas sebelum melekapkan mulut bayi ke areola
2.Pastikan sebahagian besar areola(bahagian hitam pada payudara)masuk ke dalam mulut bayi.
3.Selepas menyusukan bayi, keluarkan puting dari mulut bayi dengan menggunakan jari kelingking melalui sudut bibir bayi.
Payu dara membengkak
Puting Terluka
Lastly saya akan share jadual latihan penyusuan bayi sebelum ibu kembali bekerja. sepatutnya saya nak letak sekali teknik perahan yang betul.tapi nanti jelah next entry..hua3.tak larat dah nak translet kandungan buku ni dalam entry..hua....
ok.done~harap-harap information yg ringkas ni boleh membantu..faham-faham la.saya pun budak baru belajar dalam bidang OBS nie[belum lagi ambil midwife].jadi kalau ada yang kurang harap di maafkan.
hurm.jadi lepas nie baru lah saya buat entry khas tentang teknik perahan susu yang manual la ya?! tidak larat ba...esok mau kerja pagi lagi..aiyooo.....hahahahahaha
Bye~!









3 comments:
baca punya baca terstuck d words "SAPARAN" ni kali lah ha ha ha neway nice info fatin..na menu diet bepantang lg ko buat fatin ha ha..masuk xm ka yg kaka request ni? kl masuk bagus jg!! nmpk ni tjuk ingt sama kakak mst LULUS CEMERLANG
Yeay! Thanks kaka :)
kak aima-->ya ba kak!baru pulak sya perasan.sbb itu pamplet ba 2 yg di scan..ha ha ha...
iya..ni mmg keluar exam.soaln femes ba nie...2la beria jugak mau buat. ekekeke.
adik ema-->welcome dik!
Post a Comment