Salam semua....
3 lagi mangsa bot karam ditemui
Oleh Suzianah Jiffar
suzianah@bharian.com.my
WAHADIR Hamdan, 33, menunjukkan kesan luka pada lengannya ketika berpaut pada bot lebih tujuh jam sebelum diselamatkan di Balai Polis Kudat, semalam.
Operasi mencari terus dipergiat kesan sembilan penumpang masih hilang
KUDAT: Tiga lagi mayat tragedi bot karam di Pulau Banggi, dekat sini petang Khamis lalu ditemui semalam, menjadikan angka korban meningkat kepada enam orang.
Mayat Mazlan Zaini dan anak lelakinya, Aqef serta remaja perempuan, Haizum Nazihah Sudin, ditemui penduduk kampung.
Ketua Polis Daerah Kudat, Deputi Superintendan Dawi Ossen, berkata semua mangsa ditemui berasingan antara jam 1 tengah hari hingga 4 petang semalam, dua hari selepas tragedi malam Khamis lalu.
"Penemuan tiga mayat itu menjadikan mangsa masih hilang seramai sembilan orang. Kita akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat," katanya.
Operasi mencari dan menyelamat disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan turut dibantu unit udara PDRM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Katanya, polis mendapati jumlah sebenar penumpang dalam bot karam dari Kudat ke Pulau Banggi itu adalah 28 selepas menerima maklumat tambahan dari mangsa terselamat dan waris mangsa, menjadikan jumlah mangsa hilang ketika kejadian seramai 12 orang, bukan empat dilaporkan sebelum ini.
Kejadian berlaku ketika bot berukuran 15.6 meter panjang dan enam meter lebar itu dalam perjalanan dari jeti Kudat ke Pulau Banggi dan turut membawa 80 karung simen 50 kilogram sekampit, 20 tin cat dan tong mengandungi air bersih seberat 200 liter serta beberapa barangan persendirian.
Bot itu meninggalkan jeti Kudat jam 4.30 petang dan dikatakan terbalik sejam selepas itu. Berdasarkan keterangan mangsa terselamat, penumpang dalam perjalanan menyambut Aidiladha.
Dawi berkata, operasi mencari dan menyelamat lancar dengan tumpuan di kawasan tempat kejadian dan polis juga sudah mengambil keterangan juragan bot terbabit bagi membantu siasatan yang turut mengambil kira membawa lebih muatan.
korang dpt teka tak apa motif saya tetiba post berita nie........
i just lost my friend..arwah Haizum Nazihah Sudin....
kawan-kawan..sedekahkan AL-Fatihah buat arwah sekeluarga..
biarpun saya kurang rapat ngan arwah..namun kehilangannya tetap saya rasai..
kerana arwah merupakan seorang gadis yg periang,sporting and verry nice..
biarpun saya kurang rapat ngan arwah..namun kehilangannya tetap saya rasai..
kerana arwah merupakan seorang gadis yg periang,sporting and verry nice..
perkara sebegini memberi pengajaran pada kita agar lebih menghargai
orang-orang yang tersayang.....



No comments:
Post a Comment