Countdown:Aku Terima NIkahnya

Daisypath Wedding tickers

Monday, October 19, 2009

Pergilah berjuang demi Negara...

Salam semuaaaaa....

entry di tujukan khas buat En.Hero....



Pergi lah sayang...berjuang demi negara......
kerana di situlah pentasmu....

jejakkan kaki mu...
dengan penuh keikhlasan........jangan pernah kau kesali...
jangan pernah kau berpaling tadah.....


berbaktilah pada tanah tempat kita berlindung...
Lindungilah anak-anak yang tinggal di atas tanah ini atas kekuatan kamu
yang berbaju hijau...


Soroti la cahaya-cahaya keberanian itu....
kerana di sebalik keberanian itu sayangku....
aku ada untuk menjadi kekuatan jiwamu.....



usah kau gusari pemergiaan mu....
kerana perpisahan ini hanya sementara...
akan ku titip secebis doa untuk setiap langkah perjalananmu....

 agar kau bisa kembali ke pangkuanku....



potpet cik Fatin:

Rejimen Artileri Diraja (RAD)
"TANGKAS TEGAS SAKSAMA"





1. Rejimen Artileri Diraja ditubuhkan di Kajang pada 15 Ogos 1957 dengan satu Bateri dimana sebahagian besar anggota-anggotanya ketika itu terdiri daripada bekas anggota Royal Artillery yang pernah berjuang di Pulau Belakang Mati, Singapura semasa Peperangan Dunia Kedua. Pada tahun 1957, seorang pegawai dari Malaya Command telah dihantar ke Singapura untuk mempelawa rakyat Malaya yang berkhidmat di 1st Singapore Regiment Royal Artillery untuk berkhidmat di Bateri Meriam Tentera Persekutuan. Seramai 89 anggota telah bersetuju dan bersedia untuk berkhidmat dengan Tentera Persekutuan. Maka pada 15 Ogos 1957, tertubuhlah 1st Field Battery di Kajang, Selangor dengan dianggotai oleh seramai 89 anggota. Bateri ini menggunakan meriam jenis 25 pounder dan pegawai yang mula menjawat jawatan sebagai Ketua Bateri ialah Maj P Sherston Baker MC, RA. Pada 16 Julai 1959, Capt N.T Lopez iaitu pegawai Tentera Persekutuan yang ulung telah mengambil alih jawatan Ketua Bateri 1st Field Battery dari Maj M. Barkeley RA. Pada tahun 1962, pihak Kerajaan British telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah bateri Artileri untuk Tentera Persekutuan di semenanjung Tanah Melayu (Malaysia).


PERANAN

2. Peranan Rejimen Artileri Diraja adalah untuk memberi bantuan tembakan yang berkesan kepada pasukan tempur di medan pertempuran supaya pihak musuh tidak dapat mengganggu operasi pasukan sahabat atau tidak dapat mengatur rancangan operasi mereka dengan efektif.

TUGAS

* Berlatih untuk berperang.

* Ketenteraman awam.

* Membantu pihak berkuasa awam semasa darurat atau bencana alam.

* Tugas-tugas istiadat.

4 comments:

jai@jezz said...

aduss... selamat berjuang yea... mesti kamu sedih kan.. erm...

Nazifa said...

selamat berjuang utk si dia :)

♥FaTinFazLan♥ said...

jaijezz-->thanks..sedih 2 tetap ada..biarpun dah biasa..

ifa-->macih ifa...

♥FaTinFazLan♥ said...

jaijezz-->thanks..sedih 2 tetap ada..biarpun dah biasa..

ifa-->macih ifa...

Daisypath Wedding tickers

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Free Eeyore Sit MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com