Countdown:Aku Terima NIkahnya

Daisypath Wedding tickers

Sunday, January 30, 2011

lima hari tanpa henti

bismillah...

salam,

ada baca berita tak?ada nampak mcm mana teruk keadaan sandakan sekarang?aduh..hati punya lah risau! hari selasa nie nak balik kk naik kapal terbang...huhuhuhuhuhu

kalau nak tengok banyak gambar mengenai bencana yang berlaku kat tempat aku tinggal nie click here

semalam..aku ngan kawan-kawan memberanikan diri untuk keluar mencari makanan!yelah..dah dewan makan tutup.kau nak kebulur?

hari ni dah masuk hari ke-5 hujan tak berhenti...


dan banjir lumpur berlaku di mana-mana..aduh!sampaikan kawasan kitaorg pun terjejas...kalau di tengok klinik pakar yg kebiasaannya penuh dengan out patient tapi sekarang sunyi! mana tidaknya..nak sampai ke hospt.kena lalu kawasan banjir n tanah runtuh.ada kau sanggup? kesian. aku terfikir,apalah nasib mereka-mereka yang betul-betul memerlukan bantuan kecemasan..argh!naluri ku sebagai seorang "nurse" makin menebal...terasa ingin menjerit sekuat-kuatnya.! "oiii hujan!!sila berhenti.!" namun siapalah aku yang boleh melawan kuasa ALLAH!subhanaallah..


terfikir lagi bagaimana mereka-mereka yang ada di pulau?keluarga mereka sedang sakit di wad.tapi tiada yang datang melawat.lalu bagaimana mereka hendak meloloskan diri ke daratan sekiranya ombak yang mengganas menanti di hadapan?semata-mata,ibu,bapa,anak,pakcik,makcik yg sakit di hospital!

betapa aku perlu bersyukur kerana di kurniakan pelbagai nikmat yg belum tentu mereka miliki.

ni gambar yang aku ambil semalam~banjir yang dah reda sedikit..namun..ada kemungkinan akan berulang semula..Ya Allah...lindungi lah kami...

takut tak terkata semalam..sebab kami terpaksa berjalan kaki...tak ada kenderaan mahupun bas yg lalu! huh! menduga betul~nasib sebab lapar!

dan tadi juga kami memberanikan diri sekali lagi untuk keluar...hurmmm..kesudahnya terpaksa melepak di dalam KFC sementara hujan masih lebat..

lihat..suasana jam3petang..seolah-olah jam 6petang!

kfc pun tutup...bukan di tutup kepada pelangan!tapi takut tempias...tapi aku rasa..bukan lagi tempias namun hujan dalam kfc!

tak apa la...berharap sangat yg dugaan ne akan segera selesai...

huhuhuhuhuhu..baru aku perasan!ayat-ayat di atas adalah sangat skema..hahahahaha..sila sedia baldi banyak2 untuk muntah.!

dupdapdupdapdupdapdupdap...2hari lagi..insyallah!

1 comment:

Nurul Says said...

teruk jg a kejadian d sn..d Kk x jg bgtu wpun hujan hari-hari

Daisypath Wedding tickers

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Free Eeyore Sit MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com