Salam,
hi semua!hari ni cik fatin nak share sedikit pengetahuan tentang penyakit stomatitis. Adakah anda mengetahui apa itu stomatitis?
Stomatitis adalah inflamasi pada lapisan mucosa oral cavity disebabkan oleh infeksi atau manifestasi bagi keadaan sistemik
Antara penyebab kejadian stomatitis ialah :
1.Mechanical trauma -tergigit bibir atau lidah
2.Chemical Trauma
3.Infeksi
4.Secondary Stomatitis :leukemia,Diabetes Mellitus (DM),Skurvi
5.Kurang vit.c
6.Kurang penjagaan kebersihan mulut
7.Dehidrasi
8.Demam yang tinggi
Clinical Manifestation / Tanda-Tanda
-Mucosa di oral merah dan bengkak
-mengadu sakit semasa makan,minum,bercakap dan semasa memberus gigi
-Halitosis (nafas berbau)
-Anoreksi (kurang selera makan)
-Ketebalan Plak gigi
Keadaan yang teruk boleh menyebabkan
-pembentukan ulcer,Bernanah dan berdarah
-pengeluaran Saliva [air liur] yang berlebihan
Komplikasi Stomatitis
1.Gingivitis-jangkitan pada gusi
2.Parotitis-inflamasi pada kelenjar liur parotid

3.Glosititis-inflamasi pada lidah
4.Gastritis-gastrik
5.Gastroenteritis-diarrhea/cirit birit
6.Dehidrasi
7.Cancer Oral

6.Hepatic Keratocon junctivitis-blindness/buta
Pengurusan
-gunakan Prophylactic mouth care
-larutan sodium bikarbonate
-thymol gargle warm saline atau air
Elak kumur guna alkohol dan guna berus gigi lembut
Diet yang sesuai di amalkan
Liquid diet sejuk dan tidak berasid,jika keadaan teruk beri cecair berzat mengunakan sudu,straw atau ryles tube[yg ni ada kat hospital]
Elak makan dan minun
-citrus juices
-makanan pedas
dan pengambilan cecair sebanyak 2-3liter sehari perlu
Pengurusan Pengubatan [atas arahan DR]
-oral topical :oral gel,liquid paraffin & vaselin
-antifungus topical:contrimazole dan nystation
-vitamin B complex dan Vitamin C
-Analgesik-tahan sakit
-Antibiotik
Oleh itu kita semua haruslah menitik beratkan kebersihan mulut agat tak mendapat stomatitis,tidak lupa kita juga perlu mengambil banyak Vit.C dan cecair bagi mengelak dehidrasi yang boleh menyumbang kepada kejadian stomatitis.
Mencegah itu lebih baik dari mengubati..Sayangi diri anda,keluarga, dan rakan-rakan..kalau nak share info nie pun boleh! tapi jgn lupa letak "credit to"hihihihihihi...cik fatin okey!sebab entry nie daku perah otak sendiri n rujuk buku ilmiah okey!tak da main kelentong-kelentong.
so sharing is caring right?!diharap uolls dapat meningkatkan penjagaan diri masing-masing dan keluarga.
sampai ketemu lagi di lain hari.Bye!
*credit to google for images~





No comments:
Post a Comment