Countdown:Aku Terima NIkahnya

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, May 10, 2011

Kisah si pemasang cermin

Bismillah.

Assalam.

Kejadian berlaku hari ni.rasa lucu pun ada.geram pun ada.al-kisah jam 8pagi baru aku terbangun dari tidur dengan rasa terkejut! hah! nasib tak ada paper. jadi dengan muka aku yang buruk tu.nak menuju ke tandas. bila aku buka pintu...

TERKEJUT!

"hah!aku mimpi ka nie?apasal banyak lelaki kat asrama nie?!" terus tutup pintu masuk balik n usai rambut yang serabut.and cepat-cepat cari seluar panjang.!

kurang asam betul.patut la bising bunyi orang menggeborrrrr dinding tu!aiyaaaaa.rupanya dorang ni nak pasang pelan keselamatan di setiap bilik.

jadi bila dah sampai turn bilik aku nak pasang benda alah tu.roomate aku boleh plak lari lintang pukang! jadi nak tak nak terpaksa la aku tinggal dalam bilik ni n tunggu dorang siap pasang.reasonnya, takut hilang barang la konon!tapi betul juga kenanya di hangkut hp aku..aku nak guna apa lagi? harap duit jatuh dari langit la baru dapat beli hp baru.


masa aku nak masuk bilik tu.[sebab aku dari ruang tamu]

si pak cik cermin : "bilik kau ka dik?masuk la"

CF: "a'ah.ok"


si pak cik cermin : "ha bagus la..boleh kita tutup pintu ni"

CF : "eh.!kenapa pula..tak baik tau..astafirullah"

si pak cik cermin : "hehehehehehe..main-main jak ba!"

CF dalam hati "cisss kurang asam betul!cepat la habiskan kerja kau tu..!"

masa tu aku dah duk menyumpah-nyumpah sebab menyampah dengan lelaki tuh!cissssss..gatal tak bertempat!

tiba-tiba....
si pak cik cermin "aduh!"

CF : "tergelak"

dalam hati lagi...padan muka..sepa suh gatai..kan dah tertukul jari sendiri. hahahahahahahahaha.... masa nie aku perasan dia tengah jeling-jeling gambar kat dinding aku.sampai part dia tengok gambar hubby masa tu jugak tangan dia tertukul. ha ha ha.



jadi kesimpulannya..hati-hati di jalan raya. ha ha ha.

Monday, May 9, 2011

happy Birthday Hubby.

Bismillah.


Assalam.

waaa..entry ni pun autopublish ok.takut tak sempat nak wat entry untuk hubby.

HAPPY BIRTHDAY 
MOHD FAZLAN BIN SAMAH
9 Mei 2011
yang ke 32tahun =)

Gambar di atas adalah fresh from oven.di ambil semasa berskype da day before his birthday!

""Kamu study rajin2 yag.b tua sudah.kamu muda lagi"

insyallah b! sayang takkan lupa matlamat syg datang ke sini untuk masa depan kita berdua.!kata-kata tersebut di petik semasa beliau menasihati saya.hua hua hua..PEMBAKAR SEMANGAT SAYA!


Selamat hari lahir sayang.....semoga di panjangkan umur,di murahkan rezeki hubby...

syg minta maaf sebab tak ada masa hari bersejarah hubby! I LOVE U SO MUCH and MISS U LIKE CRAZY...!!

Sunday, May 8, 2011

Happy MOther's day .~

Bismillah,

Assalam,

entry ni adalah entry autopublish.al maklum lah 8hb aku dah start paper peadiatric tepat-tepat masa hari ibu. mungkin masa ni aku tengah gila memerah otak menjawab soalan. hua hua hua.

ok this is short enty saja.dedicated to my only love which is my mum of course.

 Di dunia ini.orang pertama kita perlu sayangi adalah ibu kita. KENAPA? Sedarkah kamu. saat kamu lahir di dunia.Ibu lah orang pertama yang kita lihat.!

[actually.xbetul pun.sbb kita nampak nurse dulu.ekekekekeke so i'm proud the be a nurses!yehaaa] 

sedarkah kamu.saat kamu lahir ke dunia.orang pertama yang gembira mendengar tangisan kita adalah ibu?
sedarkah kamu.saat pertama kamu kehausan.Maka ibu lah yang memberi air susu nya untuk mendiamkan kita dikala menangis kelaparan? SEDAR kah kamu bahawa ibu lah yang pertama buat kita mengenal dunia.

SEDAR lah..bahawa ibu adalah pertama yang perlu CINTAI dalam hidup selain ALLAH S.W.T dan Muhammad S.A.W.

Dear Mummy my only love,terima kasih kerana selama ni telah mendidik nurul,menyayangi nurul,memberi segalanya pada nurul.tiada apa yang dapat membalas segala pergorbanan mummy hingga ke akhir usia sekalipun! ur love to me is uncounted!i miss u soo bad. =(


 I love u Mummy.!

Dear mama,sungguhpun aku cuma seorang anak saudara mu..namun kasih sayang yg kau berikan sama seperti adik-adik yg lain.!tidak pernah sedikit pun aku merasa bahawa aku ini orang lain dalam keluargamu.Terima Kasih mama,kerana menyayangi aku.mendidik aku seperti anakmu sendiri. Saat aku memerlukan mummy,merindui mummy..kau lah tempat aku mengadu....


 i love u mama.~

Dear bupa..wanita yang mengasuh aku dan adik-adikku sejak dari kecil hingga sekarang! Terharu melihat beliau bertungkus lumus menyiapkan makanan buat kami.biarpun dia tahu bahawa umur kami sudah dewasa.! Sungguh beliau mengasuh kami dengan kasih sayang. Gelak tawa dari bupa sangat aku rindui!!mendengar suara beliau "bila kau cuti" seolah-olah merobek hatiku pabila mengetahui beliau kesunyian di rumah! Terima kasih bupa....



 I love u bupa!

 Dear untie,she's my dadi mahadi wife's.which mean..she's my mum too.... tak banyak boleh yg boleh diceritakan tentang untie terry.but i dont know why...i always miss her....beliau seorang ibu yg sangat penyayang dan menganggap bahawa aku juga adalah anak beliau..!tak sangka bahawa di dunia nie aku mempunyai banyak ibu yang menyayangi aku.....termasuk beliau..

 i love u untie!

and now the special one.."MAK".. aku sangat terharu!sumpah terharu... 4tahun sudah berlalu perkenalan aku dengan en.fazlan. sekalipun aku tidak pernah ketemu dengan mak. cuma 3g dan telefon saja yang menghubungkan kami. Tapi entah kenapa. Beliau juga sering merindui saya. pandai mencari sekiranya aku senyap tanpa khabar berita lalu mengatakan "mak rindu nurul" Oh dunia, begitu indah memiliki mak seperti beliau...menyayangi aku seperti anaknya sendiri.
 I Love u MAK!

 Dunia jika tanpa mereka.maka pincanglah hidupku!

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU DI LUAR SANA!

Saturday, May 7, 2011

takut sampai nak tercekik pun ada!

Bismillah.

Assalam

Esok dah exam~seriously aku gila takut wei.! banyak lagi aku tak cover ..!takut. ko tau kenapa aku takut?

sebab aku takut nak kecewakan wajah-wajah orang yang menaruh harapan tinggi kat aku.
sebab aku kena maintainkan prestasi dan aku taknak jatuh kedebuk kerana kemalasan ku ini!nauzubillah!

harap-harap doa dari orang tua dapat membantu aku dlm peperiksaan nanti

Good Luck to us especially  "the seven siblings"

wish me luck ! Ya Allah,permudahkan lah urusan ku.amin!

psttt-->stress la tiba-tiba..

Thursday, May 5, 2011

undescribe feeling.damn!

Bismillah..

Assalam.

tadi sedang best study.FB peneman setia.Blog pun sama..rasa bosan tgk nota terus belek-belek fb. rasanya terlebih belek..ha ha ha

tiba-tiba terbuka satu profile someone yang pernah _____________ [isi sendiri]

Mula-mula tak ada feeling pun.But after terlihat folder gambar kahwin dia.TERKEJUT.! oh..rupa nya beliau sudah berkahwin syukur la..

but,his word masih terniang-niang dalam fikiran aku. "please,be with me..i dont want to marry her!"

kuang.kuang.kuang.habis la.!nasib aku jenis setia pada en.hubby..kalau tak?cisss..simpang malaikat 44 malaikat! aku bukan apa.apa kes kan nak kat aku lepas permainkan perasaan aku? lepas tu tinggalkan aku. huh. nasib aku budak-budak lagi time 2. then after 2years tak ada khabar dari dia. tiba-tiba msge macam tu kat aku.

mana tak juling biji mata tengok msge gila tu!

tapi aku kan jenis yg cool.[konon la] jadi msg tersebut tidak di balas.! but he keep on msg me n try to reach me via call..cehhhh...tak jawab juga aku...

last-last aku balas dengan ayat mcm nie

"sorry,i'm not belong to you..my love not belong to you too.. everything is over.please let me go with my own life"

dan itu lah kali terakhir aku dengar khabar dari dia.n now maklumla dunia dah canggih. semua orang pun ada FB.tup-tup jumpa profile dia.then tengok gambar kawin dia. waaa..his wife sangat cantik! SUMPAH sgt cantik dan sangat ayu!aku rasa..bodohnya dia kalau dia nak tolak pilihan keluarga dia masa tu.. rugi woo rugi!

n tengok status dia married to "his wife la" and dah ada baby la!soo cute...

dan sekarang perasaan aku.WOI JELESNYA.hahahahaha..Bukan jeles dia kawen ngan orang lain but aku jeles dia dah kawen and dah ada anak..

aku rasa aku ni dah gila.gila nak kawen.wakakakakaka..tampaar jap muka nie laju-laju..ha ha ha.

Syukurlah.akhirnya dia ada life sendiri.ada keluarga.ada anak..i'm happy for him!even aku tau dia memang benci kat aku tahap gaban.Begitu la hidup penuh dengan rahsia, aku tak di takdirkan untuk bersama dia namun aku bersyukur kerana di kurniakan Mohd Fazlan dalam hidup aku.

akhir-akhir ni ramai dah kawan-kawan aku yg dah dapat seru kawen..huahuahua.Tahniah la pada mereka! sorry tak dpt attend big day kamo semua. al-maklum la status masih lagi student aka pelajar.. wakakakaka
lain kali buat la masa cuti.plissssss....~tak kurang juga yg dulu lepas spm dah kawen.anak pun dah banyak! bravooo..~

seriously aku benci tengok gambar guna uniform yg skema tuh!yaiii..mcm bukan aku jer dlm student card tu.


Tapi aku rasa.gambar tak skema aku mmg cute ha ha ha..sila muntah hijau di situ.!dah la manyak jerawat. wa ka ka ka.nak minta sponsor hubby beli pencuci muka yg harga riban-riban la..kedepanggggg.! apa ko ingat muka ko hado lawa macam angelina juling?? isk.isk.isk.tak sedar diri. pakai pencuci cap ayam boleh la. jadi muka boleh warna warni mcm ayam jantan.ha ha ha.baru shinning..nak kalahkan orang yg kaler rambut macam-macam.hah!amik kau.muka aku kasi kaler.!

dah.dah fatin oi!2hari lagi dah start final exam okey!sedar sikit..asyik nak bejoli je ngan lappy. mentang-mentang dapat duduk kat bilik sehari suntuk sampai keras bontot kat kerusi hempuk mcm kayu ni!






k la bai!back to work again.bye2.[=.= ] i'm sooo lazy!

Al-hamdulillah.....Its has been 4 years...

Bismillah...

Assalam

Nampak tajuk pun dah tau kan?

5 / 5 / 2007 - 5 / 5 / 2011
officially 4years!

Macam biasa juga..sepanjang 4tahun kami bersama ni..tak pernah pun celebrate anniversary.Percaya tak? hurm.memang itulah kenyataannya.tapi al-hamdulillah.hubungan tetap kekal sampai sekarang dan harap-harap hingga ke akhir usia kami.

Rasanya,sepanjang 2tahun aku buka blog ni.Belum pernah lagi aku tulis cerita-cerita kami yang tak elok. i mean bergaduh-gaduh ka.or what ever selain cerita yg biasa-biasa.itu bukan bermakna kami tak pernah bergaduh atau lebih tepat Berperang!

Bergaduh sampai orang tua kami terpaksa masuk campur lagi ada! ha ha ha. tapi aku bukan nya orang yg me "repot" or me"ngadu" itu sebab beliau sendiri tak mampu nak pujuk aku yg keras hati macam batu yg tak boleh terbelah..wakakakakaka..padan muka! But di sebalik kejadian-kejadian macam tu aku bersyukur sbb ada family yg supportive dengan hubungan kami.

Pahit manis yg kami lalui betul-betul mematangkan hubungan ni.perkenalan sejak dari tahun 2004. akhirnya membina satu hubungan yg aku rasa tak percaya sampai sekarang dah 4tahun berlalu sejak 2007 kami bersama.Belek-belek folder gambar.BANYAK! TAK PERCAYA langsung yang aku bersama lelaki yang dulunya aku gelar "MONYET" sebab suka mengacau! yaiiii...yg aku buat keputusan mau KAHWIN dengan "MOHD FAZLAN" aka "MONYET"

Hai la dunia..padan muka ko fatin!hahahahaha...

di bawah ni aku sertakan gambar-gambar yg mewakili tahun-tahun yg telah berlalu...ha ha ha
 
1st raya bersama 2007


Picture of the best during 2008. *tipu masa ni sedih sebab nak kena tinggal sebulan!

1st gambar untuk tahun 2009


Gambar pertama buat tahun 2010 setelah tidak bertemu 5bulan..aiyoyoyo


and the picture of 2011 after 5months tidak ketemu.

note:perenggan di bawah hanya sesuai di baca oleh en.hubby.

Dear hubby,
 
al-hamdullilah.nampaknya hubungan kita dah genap 4tahun kan sayang? yeaaaahhhhhh..... clap2.. terima kasih banyak2 sayang sebab menyayangi syg selama ni.Terima kasih atas segala kebahagiaan yang hubby curahkan.Terima kasih kerana selama ni hubby menjaga syg.baik dari segi makan minum,pakaian,keperluan dan segalanya.
 
Tahun depan syg dah habis training...makna  nya lepas tu horeeyyy..boleh kawen.. ha ha ha.. syg tak sabar okey.


yeah!hadiah di atas mesti b dah dapat kan?hehehehehe...syg minta maaf..ni jer syg mampu bagi kat b sempena ulangtahun kita yg ke-4 dan coming birthday hubby nie..tak mahal pun syng, cuma harapan syg b gunakan sebaik mungkin apa yg syg bagi tu.!Mendalam makna nya.....

tak lama lagi syg balik...nanti syg prepare dinner for us...i promise. Love and miss u hubby. take care 

ok dah-dah...hehehehehehe..kat sini tak boleh tulis nota cinta lebih-lebih nanti ada orang dengki!

k la.Bai~

Wednesday, May 4, 2011

Nervous pulak

Bismillah

Assalam,

 HUH!
Berapa jam lagi.
nak pukul 12tengah malam?


Tepat jam 12.01minit atau H 0001
maka genap lah....4tahun hubungan kami!

yg aku pelik sekarang ni.apasal ku nervous.cissss..tak faham betul aku di buatnya,!

k la Bai! psttt..blog ni dah jadi suram kan?kenapa ya?kenapa?

Asyik termenung.

Bismillah..


Assalam..

urmmm..sekarang ni, makin menjadi-jadi malas nak berbloging. Mood memang hilang di sebabkan oleh sebab yang tak pasti. 8hb ni start final exam untuk sem ni.Speed belajar memang slow-slow macam biasa. Aku malas nak tension kan diri.

Dah la hari ni muka stress.bukan apa mengantuk punya pasal..gara-gara tidur jam3 pagi sebab tengok korean drama..hahahahaha.dalam masa 2hari aku dah habiskan drama "Boys over Flower".Actually i'm not addicted pada movie korean ni.but oleh kerana jiran sebelah bilik bagi drama ni.aku tengok la..Syok la pulak tengok mamat korea yang hensem and awek korea yg comel-comel. ohhh..satu hari nanti aku nak anak aku nanti hensem n cute macam dorang boleh? hahahahahahaha..BERANGAN!


Aku dah tak tau nak taip apa benda lagi.sebab sekarang ni pun aku dok bersin tak henti-henti.. sejukk oooo.. hujan..setelah beberapa hari panas terik sampai badan aku tumbuh ruam..aiyaaaa....

sebut pasal hujan! now di kk dorang kata asyik hujan.i wonder macam mana la nasib myhubby yg sedang dalam hutan sekarang!nasib ada line.. kalau tidak????merana la aku.

Mengapa dalam seminggu dua nie.aku rasa hormon gatal aku berada di tahap paling maksimum? Asyik nak bergayut 24/7 dengan hubby..malangnya hasrat tak pernah kesampaian! kesian kat beliau sebab sekarang ni macam-macam la aktiviti dorang dalam kem tu. Keluar masuk hutan la.itu la ini la.pagi-pagi dapat msg sebiji malam sebiji. aku pun jadi tak sampai hati nak ganggu masa rehat beliau.. kadang-kadang beliau cakap

"buka mata pun dah tak larat ni.penat sangat"

oh.!ok saya memahaminya dan tak ada guna nak merajuk-merajuk tarik muka masam.hentak-hentak kaki. marah-marah.sebab kalau daku buat macam tu "i'm soooo dead!" hahahahahahaaha...

padan muka nak sangat dengan mat tiarap.sendiri tanggung la! ekekekekeke...

dan sekarang stress juga aku menjawab persoalan-persoalan dari orang lain "BILA NAK KAWEN" woi! ko ingat duit boleh jatuh Gedebuk ka dari langit..suka-suka jer suh orang kawen cepat-cepat..hahahahaha.. even my father ask the same question to me.. aiyoo.come on la.......malas ok nak jawab! aku rasa macam na cabut jer telinga n mulut en.Fazlan supaya beliau boleh dengar soalan macam ni n tolong jawab.Aku rasa macam nak lari jauh-jauh jer.!uwaaaa...

Soalan ni macam hari-hari orang tanya.ewwwww...muak.!muak!muak! hubby jom kawen cepat! hahahahaha.

aiyoo.

mata sudah mengantuk.hati belum mau tidur.badan sudah sakit.nota ada di sebelah.

apa lagi mau di cerita ya??macam tiada suda nie...k la bye!bye! sori la entry agak serabut..hahahaha..layan jelah!


K Bai!

tatap la muka tak ikhlas aku tu..ha ha ha. ndak sabar mau cuti..yehaaaa...
Daisypath Wedding tickers

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Free Eeyore Sit MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com